Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Desas-desus Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kini semakin jelas selepas perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Pengerusi PH itu berkata, perkara berkenaan akan diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya PH yang juga Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari untuk dibincangkan.
“Yang itu, saudara Amirudin akan bincangkan,” katanya ringkas ketika ditemui pada majlis Hi-tea Sekretariat Reunion Reformis di sini, hari ini.
Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak menolak kemungkinan perbincangan kerjasama politik baharu turut membabitkan PH.
Semalam, media melaporkan, Bersatu kini mencari hala tuju dan jajaran politik baharu termasuk kemungkinan bersama PH selepas kedudukannya dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tersisih. – KOSMO! ONLINE
The post Amirudin urus bincang kerjasama Bersatu – PH appeared first on Kosmo Online.
