Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat buah negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan terlibat sehingga 7 malam nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Selain itu, cuaca sama juga dijangka melanda beberapa daerah di Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu dan Kuala Muda,” katanya.
Sementara itu, di Sarawak, cuaca buruk diramalkan melanda Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang.
“Di Sabah, amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.
Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat landa empat negeri petang ini appeared first on Kosmo Digital.