Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Ramai mencadangkan agar bantuan makanan diberikan buat pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) berbanding hanya fokus kepada golongan gelandangan terutama sekitar ibu negara.
Ia susulan sebuah perkongsian TikTok @Tend.onect yang menjalankan agihan ‘chicken tenders’ hasil infaq daripada orang ramai kepada gelandangan, namun makanan itu dibaling ke lantai.
“Kami tunaikan infak orang ramai ‘chicken tenders’ rahmah kepada gelandangan Chow Kit. Tetapi dia nak mengamuk,” jelas pemilik TikTok tersebut.
Katanya, sebab utama individu itu mengamuk adalah kerana pihaknya enggan memberi lebih seperti yang diminta wanita tersebut.
“Dia minta dua untuk anak kucing dia. Siap buang makanan itu. Aku takut nak rakam selebihnya. Tetapi memang kenyang makan maki,” kongsinya.
Tambahnya lagi, selain meminta makanan lebih, wanita itu turut menagih diberikan wang dengan cara memaksa.
“Dia muncul tak tahu dari mana. Dia minta duit aku tak bagi juga, itu lagilah dia mengamuk, campak makanan dan aku ‘speechless’. Penat aku goreng, bungkus dan orang buang begitu sahaja,” luahnya.
Video ringkas tersebut meraih lebih 700,000 tontonan dan tindakan wanita itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap ia tidak menghormati sumbangan diberikan.
Susulan kejadian itu, ramai netizen mencadangkan agar sumbangan makanan disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan dan menghargainya, khususnya pelajar IPT yang kini berdepan kos sara hidup semakin tinggi.
“Kepada rakyat Malaysia atau mana-mana NGO, kalau nak infaq ke bagi makanan ke, baik lagi lah infak pada pelajar IPT ke sekolah ke lagi baik.
“Sekurang-kurangnya budak-budak itu ada la sumbangan kepada negara. Kalau bagi kat gelandangan ni membazir je. Lagi menggalakkan mereka utk jadi gelandangan ada la,” cadang @Qiymeloz.
“Biasala pergi asrama universiti, malam-malam ramai pelajar kelaparan,” kata Abdullah.
“Daripada bagi orang macam ni, yang bole kerja tapi tak nak kerja, baik bagi kami pelajar yang nak beli nasi kosong pun kadang-kadang kira duit syiling,” luah Aina Husna. – KOSMO! ONLINE
@tend.onect tunaikan infaq hrtu. tp kena maki sebakul dgn dia. allahu. sabar jelah. #infaq #fyp #homeless ♬ original sound – Tend.One
The post [VIDEO] Gelandangan campak makanan infak, baik kita fokus beri ke IPT appeared first on Kosmo Digital.