Auto Added by WPeMatico

![]()
BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat ringan dinaiki mereka terhempas semasa melakukan pendaratan cemas di sebuah padang bola sepak di San Mateo Atenco, Mexico, kelmarin, lapor akhbar Metro UK.
Penyelaras Perlindungan Awam Negeri Mexico, Adrian Hernandez berkata, pesawat membawa lapan penumpang dan dua kru itu mengalami masalah teknikal sejurus berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Toluca.
“Pesawat itu cuba mendarat cemas di padang bola sepak sebelum melanggar bumbung gudang dan mencetuskan kebakaran besar.
“Gudang tersebut digunakan untuk menyimpan tangki bahan api dan gas.
“Pihak berkuasa mengesahkan kesemua penumpang terkorban termasuk tiga kanak-kanak,” kata Hernandez.
Seorang penduduk tempatan, Octavio Contreras berkata: “Pesawat itu berpusing seperti kipas tercabut. Tidak lama kemudian, kami mendengar bunyi dentuman dan melihat asap tebal menyelubungi udara.”
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas pesawat Cessna 650 Citation III itu. – AGENSI
The post Pesawat langgar bumbung gudang, 10 maut appeared first on Kosmo Digital.
