Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – Kerajaan komited mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat, inklusif dan dipercayai dalam usaha melindungi kepentingan negara, kestabilan ekonomi, serta kesejahteraan rakyat.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan berusaha mencapai ke arah itu menerusi pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS)
“Program kesedaran berskala nasional ini bertujuan memperkukuh kesedaran dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan digital.
“Ini seperti penipuan dalam talian, perjudian digital, buli siber, kandungan penderaan seksual kanak-kanak serta penyalahgunaan media sosial oleh kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
“Marilah kita memainkan peranan bersama-sama dalam membina ruang digital dan dunia komunikasi yang positif dengan menyebarkan kisah kejayaan, inspirasi dan nilai-nilai murni yang mampu menyatukan bukan memecah-belahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena di Butterworth di sini, malam tadi.
Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.
Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. – KOSMO! ONLINE
The post Kerajaan perkukuh kesedaran keselamatan digital appeared first on Kosmo Digital.