Auto Added by WPeMatico

TIDAK tahu hendak gelak atau tidak tetapi rata-rata netizen terhibur dengan adegan membabitkan watak Tajul lakonan Niezam Zaidi dalam drama Dia Bukan Syurga baru-baru ini.
Manakan tidak, dalam babak tersebut, Tajul yang mengejar Nuha (Ezzanie Jasny) meluru memanjat kereta yang dikatakan mirip watak Spiderman!
Kata netizen, mereka pada awalnya terkejut dengan aksi tersebut termasuk terpelanting selepas dilanggar Nuha.
“Dia Bukan Syurga tak kolaborasi dengan filem Marvel kan?
“Lawak betul babak Tajul jadi Spiderman atas kereta. Sakit perut gelak.
“Terkejut babak dia panjat atas kereta, Tajul memang gila,” usik netizen.
Bukan sahaja Tajul, ramai juga yang mengecam watak Nuha kerana memberi peluang untuk dirinya terus didera suami secara fizikal dan mental.
The post Naik gila panjat bonet kereta kejar bini appeared first on Kosmo Digital.