Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Institusi reformasi perlu dikaji secara menyeluruh dan bukan hanya berdasarkan keputusan mahkamah semata-mata.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya dalam usaha mencari keseimbangan antara kebebasan individu dengan prinsip asas negara, demi memastikan reformasi institusi tidak menjejaskan keharmonian.
“Institusi reformasi itu harus dikaji bersama, bukan keputusan mahkamah sahaja. Mahkamah beri pandangan dan kita akan teliti. Kalau selari dengan reformasi, ya.
“Maksudnya pandangan mengenai perhimpunan, saya ada masalah kerana raja-raja kata kebebasan mengadakan perhimpunan, dekat istana bagaimana? Jadi kita kena fikir,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum ini keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan perkataan ‘jelik’ dan ‘menyakitkan hati’ dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 sebagai tidak berperlembagaan, yang kini sedang dipertimbang untuk dirayu oleh kerajaan.
Mengulas lanjut, Anwar dalam masa yang sama turut menegaskan kebebasan bersuara dan berhimpun harus diimbangi dengan sensitiviti tertentu, termasuk institusi diraja yang tidak wajar disentuh.
“Kadang kala dalam keghairahan menegakkan kebebasan, ia boleh menyinggung kawasan atau kedudukan yang kita anggap tidak sepatutnya diberi ruang, seperti pekarangan istana,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE
The post Institusi reformasi bukan keputusan mahkamah semata, tapi perlu dikaji bersama – PM appeared first on Kosmo Digital.