Auto Added by WPeMatico

![]()
BALING – Dua sahabat baik maut apabila motosikal yang mereka naiki melanggar sebuah treler di Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil, Kampung Tembak, Kuala Ketil di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Rafiqi Iman Mohd. Saifulnazri, 17, dan Syahul Hamid Ahmad Zamri, 19, dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika dua remaja terbabit menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Parit Panjang menghala ke Kuala Ketil.
“Ketika sampai di tempat kejadian, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh sebelum melanggar sisi kanan sebuah treler yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Sementara itu, menurut bapa kepada Syahul Hamid, Ahmad Zamri Ahmad, 51, anaknya merupakan pelajar tahun akhir Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, Sungai Dua, Pulau Pinang.
“Arwah memang berkawan rapat dengan Mohamad Rafiqi dan ketika kejadian mereka hendak ke Kuala Ketil bersama tiga lagi rakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Dua sahabat maut motosikal langgar treler appeared first on Kosmo Digital.

