Auto Added by WPeMatico

DIKECAM menyambut Tahun Baru Cina, pelakon Adam Corrie menyifatkan sambutan tersebut hanyalah tradisi kebudayaan untuk mengeratkan silaturahim, bukannya satu upacara keagamaan.
Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah, 68, turut mempersoalkan sikap segelintir individu yang memberikan standard apabila menyentuh soal sambutan perayaan kaum lain berbanding sambutan Tahun Baru Masihi.
“Kenapa ada segelintir yang menegur dan mengatakan haram menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga saya yang belum Islam, sedangkan pada masa sama ramai umat Islam menyambut Tahun Baru Masihi, yang asalnya juga berkait dengan tradisi Kristian?
“Hakikatnya, Tahun Baru Cina yang saya raikan dahulu bukanlah dari sudut keagamaan, tetapi sekadar pulang berkumpul dan bertemu keluarga.
“Saya tidak terlibat dengan sebarang ritual agama, tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat, serta menjaga pemakanan halal dan batas sebagai seorang Muslim.
“Bagi saya, kehadiran itu lebih kepada silaturé