Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Berada dalam kasut sama, pengarah terkenal, Michael Ang menyokong tindakan Fasha Sandha yang menyelar sikap pelakon yang tidak beretika, datang lambat ke set penggambaran dan menyusahkan pasukan produksi.
Menurut Michael atau nama lengkapnya Michael Ang Hai Swee Abdullah, 56, apa yang terjadi kepada Fasha kini sedang berlaku kepadanya apabila dia terpaksa menunggu pelakon untuk datang ke set penggambaran.
“‘I feel you’ Fasha Sandha. ‘Call time’ pukul 8. Jumlah keseluruhan pelakon 70 orang. Babak kahwin. Dah pukul 10, pelakon tak boleh dihubungi. Pengurus baru angkat telefon. Hero pukul 6 dah nak kena lepaskan.
“Apa yang aku rasa sekarang? Aku dah macam Fasha Sandha dah ni. Macam mana la Fasha hadap hampir setiap hari. Aku ni baru sehari dan muat naik dalam media sosial,” tulisnya.
Tambah pengarah filem Anak itu lagi, dia juga tidak teragak-agak untuk memuatnaik foto pelakon tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang ingin tahu siapakah gerangan pelakon yang dimasukkan.
Ketika ditanya lingkungan umur pelakon tersebut, Michael mendedahkan pelakon itu dalam kalangan generasi paling muda.
Terdahulu, kelmarin aktres popular Fasha Sandha meluahkan kekesalannya terhadap seorang pelakon yang sering lewat ke lokasi penggambaran.
Menurutnya, dia terpaksa hadap sikap tidak bertanggungjawab pelakon itu hampir setiap hari sehingga mengganggu jadual penggambaran semua yang terlibat dalam produksi itu. KOSMO! ONLINE
The post ‘Aku dah macam Fasha’- Michael Ang bengang pelakon lambat appeared first on Kosmo Digital.




