Auto Added by WPeMatico

PENYANYI rock, Aweera meluahkan kekecewaan apabila sering berdepan masalah kehilangan suara setiap kali menjayakan persembahan pentas.
Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham, 35, berkata, keadaan tersebut mencetuskan kemusykilan apabila situasi berkenaan hanya berlalu ketika memenuhi undangan persembahan.
Ya Allah, mana vokal aku ini? Setiap kali ada ‘show’, hilang suara. Tak ada show (persembahan), okey sahaja,” katanya dalam hantaran Instagram Story.
Menurut penyanyi yang sinonim dengan lagu nada tinggi itu juga menyatakan vokalnya kini bukan dirinya yang sebenar.
Aku benci vokal aku sekarang. Ini bukan aku!” katanya.
Tertekan dengan masalah tersebut, vokalis Mojo itu turut mengakui terfikir mahu mengundurkan diri dari dunia nyanyian.
Benda ini yang buat aku rasa nak retire (bersara). Serius aku cakap,” ujarnya.
Pada Mei lalu, vokalis kumpulan Mojo itu mendedahkan masih menerima rawatan selepas mengalami masalah pada pita suaranya sebelum ini.
Aweera memaklumkan dia turut mengikut nasihat doktor termasuk menjalani vokal terapi agar keadaannya kembali pulih. – HIBGLAM

