Auto Added by WPeMatico

ARAU – Seorang peniaga merayu bantuan orang ramai bagi menjejaki isterinya seorang warga Indonesia yang tidak pulang ke pangkuan keluarga sejak 31 Ogos lalu.
Yusuf Awang, 72, berkata, isterinya, Sri Wahyutik Supino, 40, gagal dikesan selepas dia dan anak lelaki mereka pulang menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di Kangar.
Katanya, ketika tiba di rumah di Kampung Pida 13, Ayer Hitam, Kedah pada pukul 10.30 pagi, dia mendapati wanita itu tiada di rumah bersama satu beg pakaian miliknya.
“Saya cuba menghubunginya banyak kali tetapi gagal. Saya juga tanya saudara-mara, tetapi tiada siapa tahu ke mana dia pergi,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, sebelum kejadian dia pernah menegur isterinya kerana terlalu kerap bermain telefon dan membuat siaran langsung (live).
“Isteri saya menguruskan kedai runcit keluarga di Titi Chai, Kangar dan kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun hasil perkahwinan 11 tahun lalu.
“Anak lelaki kami, Yusri Yusuf sering terbangun dan menangis, mengigau dan kurang selera makan kerana terlalu merindui ibunya sehingga jatuh sakit,” ujarnya
Tambahnya, satu laporan polis dibuat pada 1 September lalu di Balai Polis Ayer Hitam kerana bimbang keselamatan dan perkara buruk menimpa isterinya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Sri Wahyutik diminta menghubungi Yusuf di talian 010-5104179. – KOSMO! ONLINE
The post Pulanglah Sri Wahyutik, anak rindu – Suami appeared first on Kosmo Digital.