Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang wanita berang dengan tindakan seorang pelajar dipercayai menolak rakannya ke arah jalan raya ketika bergurau, kelmarin.
Menerusi hantaran pengguna Threads @Najihaaibrahim, terkejut dengan tindakan berbahaya pelajar sekolah itu sebelum mengelak dan membunyikan hon kereta.
“Kenapalah bergurau macam ini, adik?,” katanya menerusi ruang kapsyen.
Rakaman papan pemuka (dashcam) berdurasi 13 saat itu turut memaparkan, pelajar berkenaan segera menarik rakannya semula selepas tindakan gurauan berbahaya tersebut.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads berkongsi pengalaman terlanggar seorang kanak-kanak secara tidak sengaja disebabkan gurauan seperti ini.
“Dulu saya pernah terlanggar budak sebabkan gurauan begini. Rakannya tolak dia selepas saya dah perlahankan kenderaan sebelum dia terjatuh di hadapan kereta dan cedera,” ujarnya.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata pengguna turut meluahkan rasa marah dengan tindakan berbahaya yang dianggap gurauan antara rakan.
“Awak, tolong beritahu kepada pihak sekolah sebab nampak seperti kes buli pun ada. Pelajar itu dah siap pegang baju rakannya sebelum tolak,” komen @Nur_elhani.
“Kesalahan pertama, kau hampir nak bunuh kawan kau. Kesalahan kedua, kau menyusahkan orang yang bawa kereta juga,” komen @Mndlibhn. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Wanita berang pelajar sekolah gurau tolak rakan ke jalan appeared first on Kosmo Digital.