Auto Added by WPeMatico

LAMA menyepi dari radar seni sejak mendirikan rumah tangga 15 tahun lalu, penyanyi Datin Seri Syella akui adakalanya dia rindu untuk kembali aktif.
Namun kata pemilik nama penuh Nursyella Kamaruddin, 40, setiap kali dia meluahkan hasrat untuk kembali aktif, suaminya akan persoal tentang nafkah.
“Bila saya cakap nak kembali menyanyi, suami akan tanya cukup tak duit yang dia bagi selama ini.
Dia tetapkan syarat kalau saya nak kembali menyanyi dia suruh saya pakai tudung, menyanyi lagu nasyid.
“Tetapi dia tidak pernah memaksa saya untuk pakai tudung,” katanya ketika ditemui di majlis perasmian kedai emas Amelia Jewellery, baru-baru ini.
Tambah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Menangis Dalam Hujan itu lagi, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran menyertai program pertandingan nyanyian buat masa ini.
Memang ada beberapa tawaran tetapi saya terpaksa tolak dulu buat masa ini. Saya pun belum bersedia. Badan saya pun tengah gemuk ni.
“Tidak dinafikan ramai juga peminat yang bertanya bila saya nak buat ‘comeback’. Tengoklah nanti macam mana,” jelasnya.
Ditanya apa yang membuatkan dia lama menyepi, kata pelakon drama bersiri Sembilu itu lagi, dia pernah menderita terkena sakit misteri.
Biasalah ada orang yang tak puas hati. Saya sampai terpaksa guna ‘filter’ kalau muat naik foto dalam media sosial. Setiap kali dia tengok saya macam dah okey, dia akan ‘top up’. Dia tanam benda itu di kawasan rumah.
“Sebab itu saya sangat berhati-hati sekarang. Tetapi Alhamdulillah sekarang dah kurang gangguan,” kongsinya. – HIBGLAM