Auto Added by WPeMatico

![]()
SINGAPURA – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 72 tahun telah dipenjara dan didenda kerana tinggal melebihi tempoh di Singapura selama 19 tahun, lapor portal berita MSNews hari ini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda SGD$2,000 (RM6,000) terhadapnya, namun tidak mengenakan hukuman sebatan berikutan faktor usia.
Menurut akhbar Lianhe Zaobao, lelaki itu menyatakan dia mencari nafkah dengan mengutip barangan lama dan terbuang sebelum menjualnya.
Lelaki tersebut, Lin Guifa ditahan pada 27 November lalu di sekitar 83 Genting Lane, sebuah bangunan perindustrian di kawasan MacPherson.
Dia gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan dirinya penduduk sah Singapura.
Susulan itu, dia diserahkan kepada Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Siasatan mendapati cap jari lelaki itu sepadan dengan seorang individu bernama Lin Guifa yang memasuki Singapura menggunakan pas lawatan sosial pada tahun 2006 melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Rekod ICA menunjukkan kali terakhir dia keluar dari Singapura pada 26 Jun tahun tersebut.
Namun, tiada sebarang rekod kemasukan semula selepas itu.
Lin juga mengaku dia tidak pernah meninggalkan Singapura dan tidak pernah memohon lanjutan tempoh tinggal di negara itu.
Lelaki itu berharap dapat kembali ke Johor Bahru untuk menghabiskan sisa hayatnya di sebuah rumah jagaan orang tua. – AGENSI
The post 19 tahun tinggal lebih masa, rakyat Malaysia dijel 6 bulan appeared first on Kosmo Digital.
