Auto Added by WPeMatico

MINGGU ini ibu negara dimeriahkan dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang pastinya dihadiri ramai selebriti sebagai tetamu dan model.
Selain selebriti yang melaram sepanjang seminggu penganjuran KLFW, ada momen lain mencuri perhatian ramai apabila Alicia Amin terjatuh ketika catwalk memperagakan busana sebuah jenama fesyen tempatan.
Sudah namanya model terkenal, jatuh tersadung sampai terduduk, Alicia bagaimana tetap meraih pujian kerana kekal profesional dan meneruskan tugasnya dengan baik.
“Kalau aku terjatuh, sudah seperti nangka busuk tapi Alicia tetap cantik. Orang cantik jatuh tetap cantik. Walaupun jatuh, dia bangun dan berjalan dengan sangat elegan!” puji netizen.
The post Tersungkur di pentas ‘catwalk’ pun tetap cantik appeared first on Kosmo Digital.