Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Fenomena ‘borong sebelum pulang’ oleh pelancong Malaysia di Dannok, Thailand semakin jadi bualan hangat di TikTok apabila rak kedai serbaneka laku keras seolah-olah pesta jualan murah.
Rak biskut, mi segera dan air kotak popular menjadi ‘mangsa utama’ hingga kedai tampak seperti baru lepas serangan semut.
“Habis hujung bulan ni aku nak ke Hatyai nak beli apa woi, semua dah licin,” kata Zakiah.
“Aku akan balas dendam, aku makan semua barang dia, hahahaha. Aku rindu nasi lemak dan laksa!,” komen Tammiemie
“Ha, memang tak dapat beli apa. Semua 7E habis dari Narathiwat bawa ke Golok kami cari roti-roti semua tu. Tak ada yerrrrrrr.. ermm,” tulis Ruzi Darus.
Penduduk tempatan bagaimanapun tidak marah, malah gembira dengan serangan pelancong Malaysia itu.
“Bagus, bertenang sahaja. Kehadiran pelancong sebenarnya membantu ekonomi (di Thailand),” tulis Kiat R.
Terdahulu, tular video kelihatan kenderaan rakyat Malaysia berdepan kesesakan lalu lintas menghala ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam untuk pulang ke Malaysia yang mana difahamkan urusan di situ ditutup pukul 11 malam.
Ini kerana ratusan kenderaan rakyat Malaysia yang bercuti di Dannok, terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk melepasi sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah berikutan peningkatan pengunjung semasa cuti Hari Malaysia dan cuti sekolah ketika ini. – KOSMO! ONLINE
The post Licin rak kedai di Dannok penangan orang Malaysia appeared first on Kosmo Digital.