Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Berang ditegur merokok menyebabkan seorang lelaki bergaduh dengan pasangan suami isteri di sebuah restoran di Seksyen 13 di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian pukul 11.50 malam pada 11 September lalu menimpa seorang wanita hamil dan suaminya yang tidak selesa dengan tindakan suspek merokok di meja berdekatan.
Katanya, mangsa hamil lapan bulan dan bimbang dengan kesihatannya kemudian meminta pekerja restoran menegur perbuatan lelaki itu, namun tidak diendahkan.
“Selepas tiga kali ditegur suami mangsa, suspek bangun dan menghampiri pasangan berkenaan.
“Suspek kemudian didakwa menghembus asap rokok ke arah mangsa sebelum berlakunya pertengkaran,” katanya hari ini.
Menurut Mohd. Iqbal, mangsa sempat merakam kejadian kerana bimbang suaminya dicederakan dan suspek kemudian bertindak menepis tangan mangsa mengakibatkan telefon bimbit mangsa terjatuh.
“Insiden itu bertukar menjadi aksi tolak-menolak sebelum suspek beredar meninggalkan restoran yang dipenuhi pelanggan,” katanya.
Tambah beliau, siasatan di lokasi mendapati terdapat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE
@kaylanaqi25 Replying to @Jess Arun ♬ Mission Impossible – Adam Clayton
The post [VIDEO] Gaduh kerana berang ditegur merokok di restoran appeared first on Kosmo Digital.