Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar menjadi situasi cemas bagi seorang wanita selepas menyedari pakaian raya untuk lima beranak tertinggal di kediamannya di Puchong.
Menerusi hantaran di media sosial oleh @_intanhusnii, dia meluahkan rasa buntu apabila hanya menyedari perkara tersebut sebaik sahaja tiba di Taiping dalam perjalanan pulang ke Kedah.
“Ya Allah! Aku dah sampai Taiping, baru perasan baju raya kami lima beranak tertinggal dekat rumah Puchong,” katanya.
Malah, pakaian yang tertinggal itu merangkumi persalinan lengkap untuk kegunaan daripada hari pertama sehingga hari ketiga Aidilfitri.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.
Seorang pengguna menyarankan agar salah seorang ahli keluarga berpatah balik mengambil baju raya tersebut menggunakan perkhidmatan ETS dari Taiping ke Kuala Lumpur untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.
“Saya pernah baju raya tertinggal dekat KL sampai sahaja dekat Perlis, malas nak dengar suami membebel, saya naik bas malam tu juga, esok sampai petang tu ambil bas balik,” kata seorang pengguna lain yang turut pernah mengalami situasi yang sama.
Walaubagaimanapun, melihat kepada keadaan trafik yang mula sesak menjelang musim perayaan, pemilik hantaran tersebut akhirnya membuat keputusan untuk membeli sahaja baju raya baharu di kawasan sekitar.
“Saya rasa beli sahaja baju yang murah-murah. Tak sanggup nak hadap jem dari Kedah pula tu,” katanya dalam satu komen balas.
Rata-rata orang ramai turut menasihati agar tidak terlalu bersedih dan menganggap pakaian yang tertinggal itu sebagai rezeki untuk dipakai pada Hari Raya Aidiladha nanti. – KOSMO! ONLINE
The post Dah sampai Taiping baru perasan baju raya tertinggal appeared first on Kosmo Digital.
