Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Pemandu Perodua Aruz yang disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan terlibat kemalangan sehingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Batu 17, Hulu Langat semalam, direman selama empat hari.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, penahanan reman itu dibenarkan sehingga 2 Ogos bagi membantu siasatan lanjut.
Kosmo! sebelum ini melaporkan tiga sekeluarga maut apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh Perodua Aruz di Jalan Batu 17, Hulu Langat di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.56 pagi itu, Hafifi Rahman Rahmat, 34, isterinya, Nik Aishah Asilan Nik Mohd. Zamzuri, 32, serta anak bongsu mereka, Muhammad Rafie Hanzal, 3, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, Hafifi Rahman dikatakan dalam perjalanan menghantar isterinya berniaga nasi kukus berhampiran stesen minyak Petronas di Nanding dan anak bongsunya ke tadika.
Sehubungan itu, polis menahan pemandu Perodua Aruz selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine hasil ujian saringan yang dijalankan selepas kejadian.
Naazron dilaporkan berkata, semakan mendapati suspek turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu sebabkan kematian peniaga nasi kukus direman 4 hari appeared first on Kosmo Digital.

