Auto Added by WPeMatico

![]()
DUNGUN – Mayat pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Muhammad Amir Ashraf Mohd. Zul-Zunaidi, yang lemas ketika mandi di Sungai Beril, Paka di sini, ditemui sebentar tadi.
Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menjumpai mayat Muhammad Amir Ashraf, 15, sewaktu melakukan selaman di dasar sungai pada pukul 3.47 petang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, mayat remaja lelaki tersebut ditemukan pada kedalaman 5.1 meter di dasar sungai.
“Mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira tujuh meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.
“Operasi pencarian kini diteruskan untuk mencari adik mangsa,Muhammad Aidil Amsyar yang masih dikhuatiri hilang,” katanya di sini hari ini.
Jumaidy berkata, mayat Muhammad Amir Ashraf telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, dua rakan mangsa,Muhammad Farish Iqbal Cik Mohana Runasdi, 14, dan Muhammad Afi Naashif Adli Noone, 15, yang turut mandi bersama dua beradik tersebut, dilihat mengalirkan air mata sewaktu mayat mangsa diangkat anggota pasukan penyelamat. – KOSMO! ONLINE
The post Lemas Sungai Paka: Mayat abang ditemui appeared first on Kosmo Digital.




