Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Polis Selangor telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam pengeluaran wang milik wanita warga emas berusia 70 tahun di dua buah bank di Rawang, awal September lalu.
Suspek dikatakan telah melesapkan RM46,000 selepas mendakwa mahu menguruskan bantuan kerajaan untuk warga emas itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa telah dibawa dari Pahang ke Rawang bagi proses pengeluaran wang itu.
Katanya, suspek terlibat dikatakan telah memanipulasi warga emas itu dengan menipu mangsa.
“Kita telah kenal pasti suspek dan dalam proses pengesanan mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila dilaporkan hilang sehari sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat di Rawang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku pada 3 September lalu dengan suspek telah meyakinkan mangsa supaya membawa buku bank dan dokumen berkaitan serta membawanya ke Rawang sebelum berlaku pengeluaran wang di dua bank.
“Anak mangsa menemui ibunya pada keesokan pagi dalam keadaan selamat, namun mendapati semua wang dalam akaun telah hilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Suspek lesapkan RM46,000 warga emas telah dikenalpasti appeared first on Kosmo Digital.