Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan seorang penumpang sebuah kereta melakukan aksi berani mati dengan mengeluarkan separuh badan melalui tingkap mendapat kecaman pengguna di media sosial.
Ini kerana kata mereka, perbuatan tersebut bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Zhafirkz telah berkongsi rakaman aksi individu tersebut.
Berdasarkan rakaman terbabit kelihatan seorang individu sengaja mengeluarkan separuh badannya melalui tingkap sebelah kiri pemandu.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada individu tersebut orang dewasa atau kanak-kanak dan lokasi klip video itu dirakam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam perbuatan tersebut dan mahu pihak berkuasa bertindak ke atas pelaku.
“Video dah ada. Nombor plat jenis kereta nampak dah, submit (hantar) je aduan kat aplikasi JPJ tu,” tulis Mdm._amor.
“Nyawa dia satu lagi simpan dalam botol, ni kalau jatuh meninggal boleh hidup lagi,”seloroh Zarina_alim.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Bukanrosie.
“Budak ke orang dewasa? Dah puas hidup atas dunia ni mungkin,”katanya.-KOSMO! ONLINE
The post Aksi ‘berani mati’ penumpang kereta undang bahaya appeared first on Kosmo Digital.
