Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak dilanda cuaca buruk.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas dalam ramalan cuaca buruk ialah Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Di Selangor adalah Hulu Langat manakala hujan berterusan berlaku di Mersing dan Kota Tinggi, Johor,” ujarnya.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman (Lubok Antu) dan Sibu (Sibu dan Selangau) di Sarawak. –KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat, ribut petir melanda lima negeri appeared first on Kosmo Digital.
