Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Thailand meluluskan pakej pinjaman kecemasan berjumlah 400 bilion baht(RM48.4 bilion) hari ini bertujuan untuk mengurangkan impak ekonomi akibat perang Asia Barat, menandakan antara pelan pinjaman terbesar negara itu dalam tempoh beberapa dekad.
Kabinet menyatakan, dana pinjaman akan digunakan untuk merangsang perbelanjaan domestik dan meringankan kesusahan ekonomi ketika inflasi meningkat dan pertumbuhan menjadi perlahan, dengan kementerian kewangan pada minggu lalu mengurangkan ramalan pertumbuhan KDNK kepada cuma 1.6 peratus, berbanding 2.4 peratus tahun lepas.
Pinjaman itu akan disalurkan dari Jun hingga September ini, dan termasuk bantuan untuk lebih 20 juta rakyat berpendapatan rendah di bawah skim kerajaan dikenali sebagai ‘Orang Thai bantu Thai’ bagi meringankan kos sara hidup.
Pinjaman itu juga akan digunakan untuk menyokong tenaga alternatif, kata Menteri Kewangan Ekniti Nitithanprapas pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet.
Perang AS-Israel menentang Iran yang bermula Februari lalu telah menggugat harga tenaga global, mengakibatkan kenaikan harga minyak dan gas di samping kos penghantaran serta barangan pengguna melambung tinggi.
Perdana Menteri Anutin Charnvirakul menyifatkan pinjaman itu sebagai ‘alat untuk menggerakkan negara ke hadapan dan menghalang kelemahan ekonomi’.
“Kita akan mengharungi krisis ini bersama-sama,” katanya kepada pemberita.
Jumlah pinjaman tersebut adalah antara yang tertinggi dalam sejarah baharu, namun masih di bawah tahap yang dilihat semasa krisis kewangan Asia 1997 dan tahun-tahun pandemik Covid-19. – AFP
The post Perang jejas Thailand, Bangkok pinjam lebih RM48 bilion appeared first on Kosmo Digital.
