Auto Added by WPeMatico

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan dua laporan polis telah dibuat berhubung satu video tular di Facebook menggunakan akaun atas nama Akmal Salleh yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur kebencian (hate content) dan berpotensi menggugat ketenteraman awam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, laporan pertama diterima di Bukit Mertajam pada 12 Ogos lalu, melibatkan pautan video yang didakwa boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.
”Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
”Siasatan awal telah dijalankan oleh polis Pulau Pinang sebelum ia diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada hari ini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua laporan polis oleh orang awam itu kini dalam siasatan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Sementara itu, menerusi Facebook, Ketua Pemuda UMNO, Dr Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengesahkan bahawa dia telah dihubungi oleh pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk hadir memberikan keterangan pada pukul 11 malam ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala lumpur.
”Jika ini harga yang perlu saya bayar untuk pertahankan maruah negara ini, saya rela dan akan lawan habis-habisan. Untuk takut kepada puak-puak mereka,tidak sama sekali !No fear No surrender,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Polis terima dua laporan video tular Akmal Salleh appeared first on Kosmo Digital.