Auto Added by WPeMatico

LONDON – Penumpang sebuah lapangan terbang di London terpaksa dipindahkan susulan insiden melibatkan bahan berbahaya yang menyebabkan 20 orang cedera, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow sebelum pukul 5 petang (waktu tempatan) semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @AlexOakes menunjukkan orang ramai berdiri di luar Terminal 4 dengan bagasi mereka selepas ia ditutup untuk penilaian.
Terminal 4 ditutup sementara, manakala pasukan pakar dikerahkan untuk menjalankan pemeriksaan.
Jurucakap Polis Metropolitan London berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang bahan berbahaya ditemui.
“Seramai 20 orang cedera, namun kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa,” kata polis.
Sementara itu, jurucakap Lapangan Terbang Heathrow mengesahkan bahawa Terminal 4 telah dibuka semula selepas pihak berkuasa memastikan kawasan itu selamat.
“Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan semua penerbangan berlepas seperti biasa.
“Kami amat kesal atas gangguan yang berlaku. Keselamatan penumpang dan rakan sekerja adalah keutamaan kami,” kata jurucakap tersebut. – AGENSI
The post Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow dibuka semula appeared first on Kosmo Digital.