Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Pantai, taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan padang awam merupakan tempat yang dilarang minum minuman keras.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, larangan ke atas empat tempat awam itu bagi menjaga ketenteraman awam serta menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
“Kita tidak mahu kawasan yang sepatutnya menjadi ruang rekreasi dan keluarga dicemari dengan tingkah laku tidak bermoral,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Menurutnya, aktiviti itu kebiasaannya berlaku pada waktu malam dan sering meninggalkan kesan seperti botol-botol kosong serta kekotoran, menyebabkan rungutan penduduk dan pengguna kawasan awam.
Katanya, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan serta-merta termasuk kompaun RM2,000 kepada mereka yang ingkar. – KOSMO! ONLINE
The post Pantai, taman rekreasi, padang awam kawasan dilarang minum arak appeared first on Kosmo Digital.