Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seekor penyu betina yang sedang bertelur ditemukan mati di Pantai Balikukup, wilayah Kalimantan Timur, lapor laman berita kumparan.
Perut spesies dilindungi itu dibelah, manakala semua telurnya diambil oleh individu tidak dikenali.
Kejadian terbongkar apabila Kumpulan Masyarakat Pengawas (Pokmaswas) Lestari Balikukup melakukan rondaan rutin di kawasan pantai, Ahad lalu.
Petugas-petugas menemukan jejak penyu menghala kembali ke laut, namun jejak tersebut sebaliknya berakhir pada bangkainya.
Ahli Pokmaswas Lestari Balikukup, Suryadi berkata, keadaan penyu itu menyayat hati.
Menurutnya, sewaktu ditemukan, kesemua telur yang sepatutnya masih berada di dalam badan penyu telah hilang.
“Kami mengikut jejak penyu di pasir pantai sehinggalah menemui penyu itu sudah mati. telur-telurnya hilang,” kata Suryadi.
Berdasarkan hasil pemantauan, Pokmaswas mengesyaki suspek merupakan individu yang mengenali kawasan tersebut.
Bagaimanapun, identiti suspek belum diketahui sehingga kini.
Menurut Suryadi, pihaknya terus menjalankan rondaan dan kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga habitat penyu yang menjadikan Pantai Balikukup sebagai lokasi penyu bertelur. – AGENSI
The post Penyu dibelah perut, telur dicuri appeared first on Kosmo Digital.
