Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Seorang pemilik rumah terkejut apabila menemukan mayat di dalam sebuah bagasi di rumah sewanya di Taman Impian Indah, di sini semalam.
Mayat wanita itu ditemukan ketika dia sedang membuat pemeriksaan di kediaman sewanya yang dalam keadaan kotor dan berbau busuk.
“Saya beberapa kali menghubungi penyewa namun gagal menyebabkan saya pergi ke rumah itu untuk memeriksa dan sebaik masuk saya bau busuk dengan keadaan rumah juga kotor sebelum menemui bagasi itu,” katanya di sini hari ini.
Pemilik yang enggan dikenali berkata, dia percaya bahawa mayat tersebut adalah penyewa wanita warga Nepal yang berpindah ke flat tiga tingkat itu sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, penyewa wanita itu tinggal di unit itu bersama seorang lelaki dan mereka tidak membayar sewa tepat pada tempoh yang ditetapkan.
“Rumah itu kotor sebab ada kesan kumbahan dan bau busuk di lantai. Di sudut ruang tamu pula dipenuhi dengan pakaian dan fabrik dan kumbahan bocor dari kotak itu.
“Apabila menghampiri kotak itu, saya nampak sebuah bagasi di dalamnya dan cuba menariknya keluar untuk melihat apa yang ada di dalamnya, tetapi sangat berat,” jelasnya.
Katanya, bagasi tersebut ketika itu kelihatan kembung dan sukar untuk dibuka zipnya.
“Akibat ketakutan, saya segera menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,”jelasnya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan penemuan mayat bangsa tidak pasti dan tiada pengenalan diri di sebuah rumah diterima pada pukul 8.37 malam semalam.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE
The post Pemilik rumah terkejut rumah kotor, bau busuk sebelum temui mayat appeared first on Kosmo Digital.
