Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Penduduk sebuah kawasan di Bali digemparkan dengan kemunculan layang-layang menyerupai puntianak yang terbang di langit, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @canddradev menunjukkan layang-layang gergasi itu diterbangkan pada waktu malam.
Lebih mengejutkan, layang-layang tersebut menyerupai makhluk berambut panjang dan berbaju putih.
Orang ramai juga percaya bahawa penampakan itu adalah puntianak.
Menerusi maklumat daripada ruang komen, layang-layang itu direka oleh pemuda setempat untuk menarik perhatian orang ramai menjelang festival layang-layang.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kak punti (puntianak) mesti bangga dipilih jadi pertunjukan kepada orang ramai,” kata seorang netizen.
“Kelibat yang kita nampak selama ini rupanya layang-layang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Penduduk gusar lihat ‘puntianak’ terbang appeared first on Kosmo Digital.