Auto Added by WPeMatico

![]()
PONTIAN – Seorang pekerja asing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki video lucah dalam telefon bimbitnya, pada 26 April lalu.
Tertuduh, Santosh Mukhiya, 24, warga Nepal, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurhafiza Haron tanpa diwakili peguam.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didapati memiliki rakaman video lucah kira-kira pukul 11 pagi di sebuah rumah di Parit Haji Ariff, Kayu Ara Pasong di sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan perlu menyara ibu bapa serta adik-beradik di Nepal.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh bagaimanapun menjelaskan denda berkenaan.-KOSMO! ONLINE
The post Lelaki Nepal didenda RM5,000, simpan video lucah appeared first on Kosmo Digital.
