Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Amira Aisya mengumumkan beliau akan memberi tumpuan penuh untuk bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Selepas empat tahun berkhidmat di sini, saya dapati ada banyak isu yang berada dalam bidang kuasa peringkat Parlimen antara isu hospital, pendidikan dan lain-lain.
“Hospital Sultan Ismail di sini sentiasa tidak cukup katil, sekolah juga tidak mencukupi dan semakin padat, semua isu berkenaan merupakan bidang kuasa peringkat pusat. Sehubungan itu saya telah suarakan hasrat untuk bertanding di Parlimen,” katanya ketika berucap pada majlis memperkenalkan calon Muda di Camelia Event Space, di sini hari ini.
Tambah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa itu, hasrat itu selari dengan tujuan penubuhan Muda iaitu untuk mengangkat suara penduduk akar umbi ke peringkat tertinggi.
“Sudah tentu Puteri Wangsa ada nilai tersendiri buat kami, tetapi saya lahir di kawasan Majidee, jadi seluruh Johor Bahru adalah kawasan permainan saya.
“Mana kerusi Parlimen yang akan saya tandingi akan diputuskan kelak tetapi fokus adalah di daerah Johor Bahru,”katanya.
Sementara, Amira Aisya mengumumkan Ahli Jawatankuasa MUDA Pusat, Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi mempertahankan DUN Puteri Wangsa.
Ahli Jawatankuasa Muda Pusat berusia 26 tahun itu bakal merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang sebelum ini disandang Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz.
Beliau berkata, Rashifa mempunyai trak rekod yang sangat baik sebagai Pegawai Pusat Khidmat Puteri Wangsa yang pertama selepas MUDA menang dan juga sebagai Ketua Pegawai Pusat Khidmat Puteri Wangsa.
“Saudari Rashifa juga baru-baru ini memenangi jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat dalam pilihanraya pemilihan Muda dan juga merupakan pengarah program untuk program Teroka,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post PRN Johor: Amira Aisya umum tidak bertanding, fokus kerusi Parlimen appeared first on Kosmo Digital.
