Auto Added by WPeMatico

KEJAYAAN Kelantan The Red Warriors FC (KTRW FC) layak ke suku akhir Piala FA layak dianggap sebagai kelahiran semula pasukan bola sepak di negeri itu selepas sering dipalit dengan pelbagai kontroversi luar padang.
Pengendali KTRW FC, E. Elavarasan menjelaskan kejayaan kali ini diharap mampu menarik lebih ramai peminat sekali gus dapat membantu pengurusan pasukan membina skuad lebih kukuh pada masa akan datang.
Pada aksi suku akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin, penjaga gol, Damyanov Damyan menjadi nadi utama pasukan, namun Elavarasan enggan terlalu memuji pemainnya secara individu.
“Memang kita jangka berdepan tekanan sepanjang 90 minit, ada perlawanan penyerang menjaringkan gol dan ada juga penjaga gol yang membantu pasukan. Jadi, pada perlawanan kali ini penjaga gol kami berjaya membawa pasukan ke tahap lain.
“Ada situasi yang saya rasakan mampu cipta jaringan (buat Kuala Lumpur City), tetapi dia berjaya selamatkan. Dengan pengurusan baharu, mungkin kita target untuk membina pasukan yang baik untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.
Pada aksi kedua pusingan 16, kelmarin, KTRW FC alami kekalahan 0-1 kepada KL City namun masih layak ke suku akhir menerusi agregat 3-2 dan dijadualkan menentang Sabah yang menang besar 6-0 ke atas Bunga Raya FC pada perlawanan pertama.
“Kita pun tahu peluang kedua-dua pasukan masih 50-50 tetapi kelebihan kami sebab ada kelebihan dua gol hasil kemenangan di Kota Bharu. Keseluruhan, saya fikir kami bernasib baik dan sekarang kita akan lihat apa yang menanti kami selepas ini,” katanya.
The post Piala FA: Kelantan TRW mula orak langkah besar appeared first on Kosmo Digital.