Auto Added by WPeMatico

![]()
BARCELONA – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan The Gunners masih ghairah untuk menandatangani pemain baharu selepas pasukan berjaya menewaskan Girona 4-1 dalam aksi pramusim di Stadium Montilivi, awal pagi semalam.
Sebagai rekod, spekulasi Arsenal cuba ‘memancing’ pemain sensasi Real Madrid, Vinicius Jr bertiup kencang sejak minggu lalu dengan pihak pengurusan sedang mengkaji aspek kewangan bagi merealisasikan perpindahan berprofil tinggi itu.
Namun, Arteta membuat keputusan untuk terus ‘kunci mulut’ jika Vinicius akan menyertai Arsenal sebaliknya memberi bayangan masih belum berpuas hati dengan kekuatan pasukan menjelang masuk musim baharu nanti.
“Kami masih lagi aktif (dalam pasaran perpindahan pemain), cuba memperbaiki dan mengembangkan pasukan. Kami menjangkakan akan ada beberapa perubahan dalam beberapa minggu akan datang kerana kami mahu menjadi lebih baik seperti pasukan lain.
“Kami tidak boleh berdiam diri apabila melihat pasukan pesaing giat memperkuatkan pasukan dan kami juga ada cita-cita yang mahu dicapai,” katanya.
Mengulas mengenai perlawanan, Arteta turut memuji bintang baharu pasukan, Christos Tzolis yang mudah menyesuaikan diri apabila meledak satu gol semalam.
“Dia hadir dengan keinginan untuk membuktikan kemampuan dirinya. Ini adalah impian buatnya (menyertai Arsenal) dan kami berada di sini untuk membantunya capai tahap lebih tinggi,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Arteta belum puas hati appeared first on Kosmo Digital.
