Auto Added by WPeMatico

![]()
MANCHESTER – Masa depan Jack Grealish bersama Manchester City semakin samar selepas pemain itu tidak disenaraikan dalam skuad yang dibawa untuk jelajah pramusim sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai penghijrahannya ke Arab Saudi.
Pemain berusia 30 tahun itu kembali ke Etihad selepas menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama Everton, namun pengurusan The Toffees enggan mengaktifkan klausa pembelian bernilai £50 juta (RM273 juta) dalam perjanjian tersebut.
Pemain yang dibeli City dengan harga £100 juta (RM546 juta) itu kini kembali ke Manchester dalam keadaan masa depannya semakin tidak menentu apabila tidak lagi menjadi pilihan pengurusan baharu, Enzo Maresca.
Situasi itu membuka ruang buat kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal mengintai peluang mendapatkan Grealish dengan membuat bidaan rasmi secara tetap.
Sementara itu, seorang lagi pemain City, Kalvin Phillips, turut menerima nasib yang sama apabila diberikan lampu hijau untuk meninggalkan kelab selepas tidak disenaraikan dalam siri jelajah pramusim.
Phillips melalui tahun yang mengecewakan ketika dipinjamkan ke Sheffield United apabila hanya membuat tiga penampilan musim lalu
Bagaimanapun, pengendali Sheffield, Chris Wilder, dilaporkan masih berminat membawa pemain tengah itu kembali ke Bramall Lane secara pinjaman.
City terbuka dengan tawaran tersebut tetapi mahu memasukkan klausa pembelian wajib dalam perjanjian berkenaan memandangkan bekas pemain antarabangsa England tersebut masih mempunyai kontrak di Etihad sehingga 2028. – AGENSI
The post Grealish, Phillips gagal pikat Maresca appeared first on Kosmo Digital.
