Auto Added by WPeMatico

![]()
The post eHATI: Pengasas, suami lari luar negara guna laluan sah appeared first on Kosmo Digital.
Auto Added by WPeMatico

![]()
The post eHATI: Pengasas, suami lari luar negara guna laluan sah appeared first on Kosmo Digital.

![]()
PETALING JAYA – Seorang bekas Pesuruhjaya Kehakiman (JC) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan mencabul seorang wanita Januari lalu.
Bagaimanapun tertuduh yang berusia 63 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang kini sebagai penasihat undang-undang didakwa mencabul kehormatan mangsa berusia 28 tahun di antara pukul 3.45 dan 4.00 petang pada 6 Januari lalu, dari kawasan parkir sebuah pusat komersial di Seksyen 16 hingga ke sebuah kompleks di Jalan Professor Diraja Ungku Aziz, di sini.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap wanita sama di antara pukul 4.45 petang hingga 4.55 petang hari yang sama di ruang lobi sebuah premis perniagaan di sini.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan namun peguam bela tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan.
Majistret Farah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Aqharie Durranie Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Syed Azharul Asiq.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari 2026 untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
The post Bekas Pesuruhjaya Kehakiman didakwa cabul appeared first on Kosmo Digital.

![]()
KUALA LUMPUR – Seorang wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang didakwa memperlekeh dan mempersoalkan tindakan anggota polis ketika menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki warga Pakistan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ia susulan kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada semalam.
“Siasatan telah selesai, kita (polis) akan tuduh dia (Inspektor Sheila) dalam masa terdekat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Kes tersebut membabitkan kejadian pada malam Selasa lalu di Jalan Ipoh, di sini, apabila polis melakukan pemeriksaan terhadap lelaki warga Pakistan yang didapati memandu tanpa lesen.
Namun, wanita berkenaan didakwa mempertikai tindakan anggota bertugas serta menuduh mereka tidak mengetahui undang-undang selain mendakwa polis mengugut warga asing itu.
Susulan laporan dibuat, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menghina.
Terdahulu, tular satu video di media sosial yang dimuat naik wanita sama, mendakwa anggota polis terbabit mengugut lelaki Pakistan berkenaan.
Difahamkan, Inspektor Sheila telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023, seiring beberapa kes lain yang pernah dikaitkan dengannya termasuk menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Inspektor Sheila’ akan dituduh dalam masa terdekat appeared first on Kosmo Digital.

![]()
KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang suri rumah atas pertuduhan menggunakan lambang bertulis Ahli Majlis Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim palsu pada dua buah keretanya, tiga tahun lalu.
Hakim Mohd. Rosli Yusoff membuat keputusan itu terhadap Suraya Ibrahim, 59, selepas menolak rayuan pihak pendakwaan yang gagal membuktikan kes prima facie.
“Selepas meneliti rekod rayuan melalui hujahan Timbalan Pendakwa Raya dan peguam bela, mahkamah bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang memutuskan tiada kes prima facie dibuktikan terhadap tertuduh.
“Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Sesyen dikekalkan dan rayuan pihak pendakwaan ditolak ditolak. Dengan ini, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini pada 5 Disember 2024 memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 2024.
Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 2 April 2023 atas pertuduhan menggunakan lambang bertulis Ahli Majlis Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim palsu pada dua buah keretanya, tiga tahun lalu.
Suraya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan lambang bertulis ahli-ahli Dato-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf di bawah Enakmen Lambang-Lambang Dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Disalahguna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8/1977).
Lambang tersebut diletakkan pada dua buah kereta yang digunakan oleh Suraya iaitu kereta jenis Mercedes-Benz dan BMW di sebuah rumah di Kampung Bawah Lembah Bunut Payong di sini pada 25 Jun 2022.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Yusoff Abdullah. – KOSMO! ONLINE
The post Suri rumah bebas tuduhan guna lambang Datuk palsu pada dua kereta appeared first on Kosmo Digital.

![]()
KUALA TERENGGANU – Empat lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni untuk mencuri kabel elektrik pada awal bulan ini.
Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak bagaimanapun menangguhkan kes tersebut pada 3 Disember depan bagi membolehkan kesemua tertuduh mendapatkan jurubahasa Bahasa Indonesia. Terdahulu keempat-empat tertuduh tidak memahami kertas pertuduhan yang dibacakan.
Terdahulu Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan percubaan kumpulan penjenayah dari Indonesia yang cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni di perairan Kemaman, dekat sini pada 1 November lalu.
Empat lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 27 hingga 62 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di belakang ruang pengudaraan pelantar minyak terbabit pada pukul 10.30 pagi. – KOSMO! ONLINE
The post Empat lelaki Indonesia didakwa ceroboh pelantar minyak appeared first on Kosmo Digital.