Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Anak-anak muda mesti menguasai ilmu, bahkan lebih baik berbanding generasi kini dalam usaha mencari pendekatan baharu, seterusnya membolehkan negara untuk bergantung lebih kepada keupayaan sendiri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam isu tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat, negara perlu membina kekuatan dalaman iaitu daya tahan ekonomi domestik.
“Apa saja yang mungkin walaupun kita gunakan teknologi asing di peringkat awal, tapi kita harus mencari kaedah baharu dan ini tentukan oleh anak-anak muda.
“Mesti menguasai ilmu lebih baik daripada generasi kini dan mudah-mudahan, dengan cara pendekatan itu, kita lebih selamat masa akan datang.
“Negara harus aman damai, dasar jelas. Maknanya kita bergantung lebih kepada keupayaan kita, hidupkan perniagaan, pengurusan dan kepakaran tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan Dan Penyerahan Surat Tawaran PLKI-ECRL Bagi Fada Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini, hari ini.
Seramai 210 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) akan dihantar ke Liuzhou, China pada tahun ini bagi menjalani latihan intensif selama setahun sebagai kesediaan untuk operasi ECRL yang dijangka bermula Januari 2027.
Kumpulan tersebut akan melalui Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) di China.
Dalam pada itu, Anwar turut meninggalkan pesanan kepada pelajar tersebut untuk memanfaatkan pendedahan, ilmu dan latihan yang diperolehi di China, malah mereka dianggap duta-duta Malaysia di negara itu.
“Gunakan kesempatan ini dengan disiplin untuk menimba ilmu sebaiknya dan secekapnya.
“Ini contoh yang baik bukan sahaja kepada kita, tapi juga kepada rakan-rakan kita di negara China bahawa ada kelompok anak-anak muda bila diberi peluang dan kemudahan, dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Anak muda mesti kuasai ilmu – Anwar appeared first on Kosmo Digital.