Auto Added by WPeMatico

![]()
WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent memberi amaran pada Isnin bahawa syarikat penerbangan Iran akan berdepan kesukaran untuk beroperasi di seluruh dunia dalam tempoh dua hari susulan sekatan Amerika, ketika pentadbiran Presiden AS, Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Teheran.
“Pada 23 September, semua syarikat penerbangan Iran akan ditutup di seluruh dunia,” kata Bessent dalam wawancara dengan CNBC, ketika perang yang dilancarkan AS dan Israel menghampiri tempoh tujuh bulan.
“Jika mereka mendarat, anda tidak boleh membekalkan bahan api kepada mereka, anda tidak boleh menyediakan perkhidmatan pendaratan, anda tidak boleh menjual tiket kepada mereka atau anda akan disingkirkan daripada sistem dolar,” katanya.
Langkah itu menyusuli sekatan Amerika sebelum ini terhadap industri penerbangan Iran dan ancaman ‘Hari Penentuan Ekonomi’ Bessent terhadap Iran serta ikrarnya untuk menyekat aliran kewangan ke Teheran.
Dua sumber Iraq memberitahu AFP pada Isnin bahawa Baghdad akan menggantung penerbangan syarikat penerbangan Iran susulan pengumuman Jabatan Perbendaharaan Amerika.
Pada Isnin juga, Georgia melarang syarikat penerbangan Iran memasuki ruang udaranya.
Syarikat penerbangan Iran, Mahan Air berkata, ia menggantung penerbangan ke Turkiye atas permintaan kerajaan negara itu.
AS dan Iran berperang sejak akhir Februari, apabila serangan Amerika-Israel mengorbankan pemimpin tertinggi Republik Islam itu dan pegawai kanan tentera pada permulaan serangan besar-besaran.
Teheran bertindak balas dengan menyekat Selat Hormuz, laluan penting bagi pengangkutan tenaga, menyebabkan harga minyak dunia melonjak ketika konflik merebak di Asia Barat.
Awal bulan ini, AS berkata, ia mengenakan sekatan terhadap semua syarikat penerbangan Iran yang masih belum dikenakan sekatan sedemikian.
Jabatan Perbendaharaan turut menyasarkan entiti yang menyokong sektor penerbangan Iran, termasuk syarikat yang berpangkalan di luar Iran. – AFP
The post Semua operasi pesawat penumpang Iran di seluruh dunia ditutup Rabu – AS appeared first on Utusan Malaysia.
