Auto Added by WPeMatico

![]()
IPOH – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) akan mengadaptasi sepenuhnya sistem e-Penghulu yang telah dilaksanakan di Perak sejak 2019 ke seluruh negara bagi memperkukuh pemantauan, pengumpulan data dan pelaksanaan program pembangunan.
Menteri KKDW, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem digital itu kini hanya dilaksanakan di Perak namun akan dilaksanakan ke seluruh negara untuk mengesan bukan sahaja peruntukan di bawah kementerian itu tetapi juga dana yang disalurkan daripada kementerian lain.
“Kita telah melihat sejauh mana keberkesanan sistem e-Penghulu di Perak.
“Kementerian (KKDW) akan menggunakan sistem ini sepenuhnya dan saya telah mengarahkan semua exco kerajaan negeri mengamalkannya bagi memantau pelaksanaan dan perbelanjaan program,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Casuarina Meru, di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco Luar Bandar (MEXCLUB).
Katanya, bagi memperkukuh pembangunan awal kanak-kanak dan pembelajaran komuniti, kementeriannya akan membina enam taska dan tabika Kemas baharu.
Selain itu, katanya, pihak kementerian turut memperuntukkan RM70 juta untuk membekalkan televisyen pintar kepada 10,800 kelas di seluruh negara sebagai sebahagian daripada agenda pendigitalan pembelajaran. – KOSMO! ONLINE
The post Sistem e-Penghulu Perak akan diadaptasi ke seluruh negara appeared first on Kosmo Digital.
