Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang penghulu di Luwu, wilayah Sulawesi Selatan terkejut apabila rumahnya dibaling bom buatan sendiri dan batu oleh kumpulan pemuda tidak dikenali, lapor portal berita MPN Indonesia.
Kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) di Desa Padang Kalua, baru-baru ini.
Penghulu Desa Padang Kalua dikenali sebagai Umi itu berkata, rumahnya diserang ketika dua anaknya yang masih bersekolah sedang tidur.
“Saya berada di Jakarta tetapi anak perempuan dan anak lelaki saya sedang tidur di dalam rumah semasa kejadian.
Bahan letupan buatan sendiri itu mencetuskan api di hadapan rumah, manakala tingkap dan jubin turut rosak,” kata Umi.
Umi mengesyaki serangan itu berpunca daripada konflik antara pemuda dari kawasannya dan Desa Tanarigella.
“Terdapat pertelingkahan antara kedua-dua kumpulan itu di persimpangan lampu isyarat pada Rabu lalu. Punca sebenar masih belum diketahui,” tambahnya. – AGENSI
The post Rumah penghulu dibaling bom, batu appeared first on Kosmo Digital.