Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Nama Datuk Seri Najib Razak kini trending (sedang sohor) di aplikasi X selepas bekas Perdana Menteri itu diperkenan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, hari ini.
Perkara itu diputuskan oleh Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang memberikan pengampunan bersyarat kepada beliau.
Tinjauan di platform X, ciapan mengenai Najib berada ditempat kedua carian dengan liputan meluas daripada media tempatan mahupun antarabangsa.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Yang di- Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib.
“Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 telah diadakan pada 18 September 2026.
“Seri Paduka Baginda telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
“Ia tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE
The post Najib kini trending di aplikasi X appeared first on Kosmo Online.
