Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Segelintir pembeli sanggup duduk menunggu sejak malam tadi semata-mata mahu mendapatkan koleksi eksklusif beg jenama tempatan yang dilancarkan di sini.
Menerusi video-video tular di media sosial, mereka beramai-ramai sanggup duduk menunggu membawa kerusi sendiri di tepi jalan, biarpun acara itu bermula pukul 10 pagi hari ini.
Selain itu, di luar lokasi penganjuran pula pembeli semakin bertambah dan mereka bersesak-sesak bagi menunggu untuk membeli beg tersebut pada pagi ini.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial, termasuk ada yang mengecam selain ada juga tidak kisah dengan mereka yang berebut-rebut mendapatkan beg tersebut.
“Uish ramainya,” kata pengguna TikTok @Neyyaa Vintage pada video dikongsikannya malam tadi.
“Benda boleh lancar ‘online’ nak juga depan-depan. Memang dari pagi lah orang beratur sesaknya,” komen pengguna TikTok @BillieNikeeeEilish.
“Gigih jangan merentan nombor habis,” kata seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@dodelaziooo svg x brik crazyyy #fyp ♬ original sound – dodel
The post [VIDEO] Sanggup tunggu sejak malam nak rebut beg appeared first on Kosmo Digital.