Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Seorang lelaki Jerman ditemui dalam keadaan tertekan di kawasan Pantai Jomtien, Pattaya selepas dihalau keluar dari rumah oleh isterinya yang merupakan warga Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Insiden itu terbongkar semasa rondaan rutin dilakukan oleh unit penguat kuasa Jomtien di bawah Majlis Perbandaran Pattaya.
Pegawai perbandaran Pattaya, polis tempatan, pegawai imigresen dan polis pelancong memberikan sokongan awal dan sedang berusaha untuk menilai keperluan dan kebajikan lelaki tersebut.
Kes itu mencetuskan perdebatan di media sosial dengan seorang netizen mengulas: “Saya telah tinggal di sini selama 30 tahun.”
“Saya telah melihat terlalu ramai lelaki warga asing yang lebih tua jatuh cinta kepada wanita muda yang akhirnya menipu mereka,” kata seorang warga tempatan kepada portal berita Pattaya Mail.
Namun, ada juga netizen yang mempertahankan wanita tempatan kerana sesetengah lelaki asing didakwa mengeksploitasi isteri atau berbohong tentang status kewangan mereka. – AGENSI
The post Bawa diri sehelai sepinggang selepas diusir isteri appeared first on Kosmo Digital.