Auto Added by WPeMatico
[VIDEO] Nak beri sesuatu pada orang, beri yang paling kita sayang – Akmal Saleh

![]()
PETALING JAYA – “Kalau kita nak bagi sesuatu pada orang, berilah apa yang paling kita sayang…”.
Itu kata-kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, selepas rela hati menyerahkan simpanannya untuk menunaikan haji berjumlah RM120,000, demi membantu seorang kanak-kanak perempuan, Medina, yang memerlukan rawatan pemindahan hati segera di China.
Menerusi perkongsian video di media sosial, Dr. Muhamad Akmal dilihat tenang berbual dengan ibu bapa kanak-kanak itu yang memaklumkan bahawa dokumen kelulusan rawatan sudah siap, namun kos rawatan masih belum mencukupi.
Beliau berkata, dirinya reda jika belum ‘dipanggil’ ke Tanah Suci kerana berpendapat, menyelamatkan nyawa adalah lebih penting dan ia adalah rezeki Medina.
“Duit tak banyak, tapi adalah saya simpan. Rancang tahun ni dapat pergi haji berdua dengan orang rumah saya ni. Dalam simpanan saya ni memang betul ‘ngam-ngam’, RM120,000. Memang ada pakej yang RM60,000, paling murah. Jadi berdua tu, genaplah RM120,000.
“Mungkin Allah tak panggil saya lagi. Duit ni memang untuk Medina kot. Esok, awak beritahu (pihak berkenaan), kita dah ada duit RM120,000 jadi (awak ada) RM60,000, sekarang kita ada RM180,000. Kita nak buat sesegera yang mungkin,” katanya.
Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata memuji tindakan dan pengorbanan Dr Muhamad Akmal selain turut mendoakan kesejahteraan beliau serta keluarga.
“Nanti Adik Medina masuk syurga, tarik Uncle Akmal dan isteri sekali okey. Saya menjadi saksi kebaikan yang Uncle Akmal telah buat hari ni,” ujar @One1.
“Saya menjadi saksi atas kebaikan Dr Akmal. Semoga Allah memberkati hidup YB sekeluarga,” komen @Echammdnoor.
“Ya Allah, baiknya hati Dr Akmal dan isteri. Walaupun kita berlainan parti, saya suka dan sokong perjuangan Dr serta isteri. Insya-Allah, syurga buat Dr Akmal dan zaujah Dr,” ucap @Ameerulsobri. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Nak beri sesuatu pada orang, beri yang paling kita sayang – Akmal Saleh appeared first on Kosmo Digital.