Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Macam mana saya nak buat, suami saya macam obses. Ada itu puluh kali dia dengar video sama.”
Itu luahan seorang wanita yang mengadu suaminya terlalu kerap menonton dan mendengar video bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Menerusi hantaran di Threads, pengguna @nadwamohdrazi secara berseloroh meminta Rafizi menasihati suaminya yang didakwa sanggup mengulang video sama sehingga puluhan kali selain memasang siaran langsung bekas Ahli Parlimen Pandan itu dengan bunyi kuat.
“Salam YB DS @rafiziramli, saya ini kan pagi petang siang malam saya dengar suara YB dalam rumah saya.
“Ini balik dari kerja, buka-buka je pintu, Allah, suara Rafizi lagi. Macam mana saya nak buat YB. Kalau hari buat live (siaran langsung) lagi lah. Tak bercakap dengan saya dah. Saya stres YB,” katanya dalam hantaran semalam.
Menurut wanita itu, keadaan sama turut berlaku ketika mereka dalam perjalanan apabila suaminya lebih memberi perhatian kepada video dan suara Rafizi berbanding berbual dengannya.
“Sepanjang perjalanan macam ini. Kuat ya Allah dia pasang, sakit telinga. Tak bercakap dah dengan bini di sebelah.
“Fokus dengar suara Rafizi, lepas tu gelaklah, seorang diri je respons. Saya pun ambil keputusan senyap juga, main telefon sajalah,” katanya.
Hantaran itu kemudian mendapat respons daripada Rafizi yang berseloroh bahawa beliau tidak dapat mencampuri urusan pasangan tersebut.
“Saya tak boleh campur dik. Saya cadangkan adik beritahu pada suami, saya nasihatkan suami belanja adik makan romantis lebih kerap, sebagai ganti suara saya yang menghantui rumah,” katanya.
Wanita itu kemudian menyambut baik cadangan tersebut sambil bergurau bahawa suaminya lebih cepat memberi perhatian sekiranya nasihat itu datang daripada Rafizi.
“Nice (cantik) YB! Okey saya tuntut terus sebab kalau YB cakap dia laju je, kalau bini cakap mesti nanti-nanti.
“Ramai ini YB bawah ini bini-bini mengalami situasi sama. Semoga nanti YB dapat nasihatkan para-para suami ni,” katanya.
Perkongsian berkenaan turut mengundang reaksi pengguna Threads lain yang mendakwa berdepan situasi hampir sama.
Seorang pengguna @nun0furbznz berkata, suaminya juga kerap menonton video Rafizi sehingga bercakap mengenainya setiap hari.
“Ya Allah sama dengan suami saya. Hari-hari dengar suara YB Rafizi, hari-hari tengok video YB Rafizi, hari-hari dia borak pasal YB Rafizi.
“Ni saya tengah mengandung dia nak namakan anak starting huruf R jika lelaki. Macam mana nak buat ini,” katanya.
Sementara itu, @farid_aidy berseloroh bahawa dia menyangka hanya dirinya yang mempunyai tabiat sama sebelum mengaitkannya dengan minat terhadap isu semasa.
“Ingatkan saya je macam ini. Rasanya orang yang suka ambil tahu isu semasa, politik, kenegaraan akan suka dengan penyampaian RR (Rafizi Ramli),” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Pagi petang, siang malam suami dengar suara YB’ appeared first on Kosmo Online.
