Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang pesara telah menghabiskan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM700,000 dalam tempoh hanya 21 hari, selepas mengeluarkannya pada usia 55 tahun.
Perkara itu didedahkan sorang lelaki yang menyifatkan kisah berkenaan sebagai pengajaran besar mengenai kepentingan mengurus kewangan selepas persaraan.
Menggunakan profil @Badruldinzakaria, lelaki itu berkata, antara perbelanjaan utama individu terbabit ialah mengubah suai rumah, membeli kereta secara tunai dan mengadakan majlis perkahwinan anak.
“Pengajaran berharga daripada kisah ni. Hari ini, dia kerja pengawal keselamatan di pasar raya untuk kelangsungan hidup.
“Duit KWSP paling cepat habis yang pernah aku dengar,” ujarnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap kisah tersebut sebagai peringatan, namun ada juga berpendapat ia adalah hak individu berkenaan.
“Ikut pak cik la, duit pak cik tu. Dia pun mesti dah tak ada hutang, kerja santai ja pengawal keselamatan ni. Kalau tinggal duit, meninggal nanti tak merasa la dia,” komen @Eikazabidi.
“Saya nak buat bayaran bulanan macam pencen bila dapat duit KWSP. Boleh dapat dividen kalau duit tinggal dalam akaun KWSP,” ujar @1975nurulain.
“Okey la, kalau meninggal pun dah merasa duit hasil titik peluh. Tak la berebut anak beranak,” kata @Siakap_cheese. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Terpaksa kerja jaga lepas habiskan RM700,000 KWSP dalam 21 hari’ appeared first on Kosmo Digital.
