Auto Added by WPeMatico
Terkini

![]()
SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau telah menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk pertimbangan baginda.
Menurut beliau, tiga nama tersebut diserahkan menerusi warkah dan watikah rasmi ketika menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini malam tadi.
“Saya baharu selesai menghadap Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Besar dan kami telah mengadakan perbincangan yang panjang lebar. Saya telah menyerahkan warkah serta watikah dan mengemukakan tiga nama kepada Tuanku.
“Ketiga-tiga nama itu saya serahkan atas budi bicara, perkenan dan hak mutlak Tuanku untuk memilih salah seorang daripadanya sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi menghadap.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan identiti tiga calon berkenaan dengan menjelaskan perkara itu adalah hak pihak istana untuk mengumumkannya.
Ketika ditanya sama ada semua calon yang dikemukakan daripada BN, beliau menjawab ringkas, “Alhamdulillah, semua calon BN.”
Mengulas mengenai pembentukan kerajaan negeri, Ahmad Zahid berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya yang menyaksikan BN memperoleh 18 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh kerusi, kerajaan baharu akan dibentuk hasil kerjasama kedua-dua gabungan itu tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar.
“Atas perkenan Tuanku, kerajaan BN dan PN akan terbentuk sebagai kerajaan baharu Negeri Sembilan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan pihak istana dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelantikan Menteri Besar dalam masa terdekat.
Sementara itu, mengulas dakwaan berlaku desakan supaya kediaman rasmi Menteri Besar dikosongkan segera susulan perubahan pentadbiran, Ahmad Zahid berharap perkara itu tidak berlaku.
“Semuanya sahabat-sahabat kita. Walaupun Menteri Besar baharu akan mengangkat sumpah secepat mungkin, kita perlu ada rasa perikemanusiaan dan etika untuk menghormati rakan-rakan kita,” ujarnya.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam media sosialnya berkongsi, sejurus berakhirnya proses pengiraan undi bagi PRN Negeri Sembilan, beliau dititah menghada Tuanku Muhriz di lstana Hinggap, Seremban.
Dalam sesi menghadap tersebut, beliau mempersembahkan kepada Tuanku hasil keputusan pilihan raya serta kesepakatan yang dicapai antara BN dan PN.
“BN akan terus menjunjung tinggi, memelihara dan menghormati institusi diraja sebagai payung kedaulatan negeri, lambang perpaduan rakyat serta teras kepada sistem Raja Berperlembagaan.
“Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, kebijaksanaan dan inayah-Nya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi Negeri Sembilan serta seluruh rakyatnya. Daulat Tuanku,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Ahmad Zahid serah tiga nama calon MB kepada Tuanku appeared first on Kosmo Digital.
BN muncul pemenang terbesar PRN Negeri Sembilan

![]()
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) muncul pemenang terbesar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 selepas memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh kerusi.
Beliau mengumumkan keputusan rasmi itu pada tengah malam tadi sambil memaklumkan proses pilihan raya berlangsung secara bebas, adil dan telus.
“Seramai 646,084 pengundi atau 72.64 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing, melibatkan pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan rasmi PRN Negeri Sembilan di sini, malam ini.
Keputusan itu menyaksikan BN dan PN yang menjalinkan persefahaman pilihan raya berjaya menguasai 25 daripada 36 kerusi DUN sekali gus melepasi majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.
Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN dan PN akan mengadakan perbincangan lanjut bagi memuktamadkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas kedua-dua gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga.
Sementara itu, Ramlan berkata, SPR berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian yang berlangsung semalam dan menyifatkan pengundi berdaftar telah menunaikan hak serta tanggungjawab mereka dengan baik.
“Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung pada 1 Ogos dan pengundi berdaftar telah menunaikan hak serta tanggungjawab mereka.
“Tiada sebarang insiden tidak diingini yang boleh menjejaskan perjalanan proses pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata, SPR turut melaksanakan segala tanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa sepanjang pengendalian pilihan raya. – UTUSAN
The post BN muncul pemenang terbesar PRN Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia.

![]()
SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun atau lebih dikenali sebagai Tok Min mengakui prestasi pentadbirannya sepanjang menerajui negeri itu masih belum mencapai tahap yang diharapkan.
Beliau berkata, sejak awal lagi beliau tidak pernah menyembunyikan hakikat bahawa ‘kad laporan’ pentadbirannya masih mempunyai kekurangan dan belum memuaskan sepenuhnya.
“Saya dari awal lagi cakap kepada rakyat, kad laporan saya masih kurang, mungkin tidak cukup lagi. Ini perkara biasa dalam politik (menang kalah).
“Namun, saya berpuas hati kerana dapat mendidik rakyat daripada politik perkauman. Ada perkembangan yang baik dan saya tidak menyesal dengan usaha itu. Saya mahu rakyat berubah daripada terus dimomokkan dengan isu-isu perkauman,” katanya dalam sidang akhbar di Klana Resort Hotel, di sini malam ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, meskipun tidak lagi diberi mandat mentadbir, keputusan pilihan raya menunjukkan jurang kekalahan tidak besar sekali gus membuktikan usaha yang dilaksanakan mendapat sokongan sebahagian besar rakyat.
“Kalau kalah pun, margin undi tidak banyak. Bagi saya, kita berjaya memberikan didikan kepada rakyat. Yang penting ialah apa yang telah kita laksanakan dan rakyat perlu berfikir tentang apa yang mereka benar-benar mahukan untuk masa depan,” katanya.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan baik di peringkat Persekutuan, pendekatan tersebut wajar diteruskan ke seluruh negara demi membentuk landskap politik yang lebih matang.
“Saya bersyukur, Alhamdulillah, sepanjang lapan tahun berada di kerusi ini, saya cuba memberikan yang terbaik. Sudah tentu ada kelemahan dan saya akui perkara itu. Namun saya yakin rakyat Malaysia perlu berfikir apakah bentuk masa depan yang mahu mereka lihat,” katanya.
Dalam pada itu, Tok Min turut menitipkan pesanan kepada Menteri Besar yang baharu supaya meneruskan segala usaha yang membawa manfaat kepada rakyat dan negeri.
“Buatlah yang baik dan teruskan. Saya tidak akan kecewa. Jagalah negeri ini dan pastikan pentadbirannya menjadi lebih baik. Itu sahaja yang saya harapkan,” katanya. – UTUSAN
The post Tok Min akui prestasi belum memuaskan, ucap tahniah kepada Tok Mat appeared first on Utusan Malaysia.

![]()
SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini secara rasmi mengumumkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, BN memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PN memenangi tujuh kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi.
Menurut Ramlan, pada PRN Negeri Sembilan Ke-16 ini, seramai 646,084 atau 72.64 peratus telah keluar mengundi.
Beliau berkata, jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa yang telah mengundi.
“Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung pada 1 Ogos 2026 dan pengundi-pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.
“Pada PRN Negeri Sembilan Ke-16 juga tidak berlaku sebarang perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya. Dalam melaksanakan urusan pilihan raya, SPR sentiasa mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar SPR di Wisma Persekutuan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post SPR umum BN-PN menang PRN Negeri Sembilan Ke-16 appeared first on Kosmo Digital.

![]()
SEREMBAN – Penantian lebih 50 pengamal media yang berkampung di pekarangan Istana Hinggap di sini sejak pukul 10 malam tadi akhirnya sedikit terjawab apabila kenderaan rasmi yang dipercayai membawa Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim tiba di pekarangan istana pada pukul 11.48 malam.
Kehadiran beliau yang memasuki kawasan istana dengan kawalan keselamatan menarik perhatian petugas media yang sejak awal lagi menunggu sebarang perkembangan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Difahamkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di dalam Istana Hinggap bagi menghadiri pertemuan bersama kepimpinan negeri, namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.
Suasana di luar Istana Hinggap kekal terkawal dengan petugas media terus berkampung bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung pertemuan yang sedang berlangsung. – KOSMO! ONLINE
The post SUK tiba di Istana Hinggap appeared first on Kosmo Digital.

![]()
SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai tanggungjawab bersama kepimpinan gabungan itu dan menegaskan bukan masanya untuk saling menuding jari.
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kekalahan tersebut dipikul secara kolektif oleh seluruh kepimpinan, daripada peringkat tertinggi hingga akar umbi.
“Kekalahan ini adalah tanggungjawab kami semua. Ini bukan masanya untuk menuding jari kepada mana-mana individu, kumpulan atau kem tertentu.
“Sebaliknya, kita akan bertanggungjawab sebagai satu kepimpinan secara kolektif, bermula dari peringkat tertinggi hingga ke peringkat akar umbi organisasi,” katanya pada sidang media di command centre PH di Seremban, malam ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRN kali ini. – KOSMO! ONLINE
The post PH akui kekalahan, Amirudin tegas jangan tuding jari appeared first on Kosmo Digital.

![]()
SEREMBAN — Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun akan berehat seketika bagi menyusun langkah seterusnya sebelum kembali menggerakkan usaha membantu parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, tempoh itu akan dimanfaatkan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga di samping menilai peranan yang boleh dimainkan bagi memperkukuhkan parti.
“Saya akan berehat sekejap. Mungkin ini peluang untuk saya bersama anak dan cucu lebih sedikit. Selepas itu saya akan fikir apa yang perlu saya lakukan untuk parti pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media di command centre PH di Seremban malam ini.
Beliau yang juga Pengerusi PH Negeri berkata sebaik tamat tempoh rehat itu, beliau akan kembali bekerja keras bagi membantu persiapan parti menjelang PRN Melaka.
“Insya-Allah selepas ini kita akan bekerja keras. Saya mahu membantu PRN Melaka bersama kepimpinan parti,” katanya.
Aminuddin merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut berkata beliau menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka dan reda serta percaya setiap ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Aminuddin rehat seketika sebelum bantu gerak kerja PRN Melaka appeared first on Kosmo Digital.

![]()
JELEBU
N01 Chennah:
Siow Kong Choon (MCA) – 5,726 MENANG
Loke Siew Fook (PH) – 5,038
Majoriti: 688
N02 Pertang:
Jalaluddin Alias (UMNO) – 6,312 MENANG
Mohd Umry (PH) – 2,593
Bang Chik (Faizal) (Bersatu) – 367
Majoriti: 3,719
N03 Sungai Lui:
Mohd Razi Mohd Ali (UMNO) – 11,273 MENANG
Mazrulhisham Abd Mansor (Bersatu) – 317
Cikgu Zainal Fikri (PH) – 2,807
Majoriti: 8,466
N04 Klawang:
Adib Musa (Bersatu) – 549
Danni Rais (PN) – 5,310 MENANG
Bakri Sawir (PH) – 3,993
Majoriti: 1,317
JEMPOL
N05 Serting:
Ustaz Fairuz Isa (PN) – 16,608 MENANG
Affendy Salleh (Bersatu) – 736
Yaacob Mahmood (PH) – 4,493
Majoriti: 12,115
N06 Palong:
Mustapha Nagoor @ Pak Mus (UMNO) – 15,197 MENANG
Zahin Zinal @ Bong (PH) – 1,495
Rebin Birham (Bersatu) – 590
Majoriti: 13,702
N07 Jeram Padang:
Sanjeevan (Bersatu) – 2,191
Manivanan Gowin (PH) – 2,372
Dayana Binti Dal (Bebas) – 179
Mohd Zaidy Abdul Kadir (UMNO) – 6,854 MENANG
Majoriti: 4,482
N08 Bahau:
Teo Kok Seong (PH) – 9,995 MENANG
Chong Fui Ming (BN) – 6,688
Majoriti: 3,307
SEREMBAN
N09 Lenggeng:
Hajah Zarinna (PH) – 5,966
Hj Asna (BN) – 15,960 MENANG
Zool Amali Bin Hussin (Bersatu) – 349
Majoriti: 9,994
N10 Nilai:
Zamani Ibrahim (Bebas) – 167
J.Arul Kumar (PH) – 15,797 MENANG
Omar Mohd ISa (Bebas) – 167
Alan Lai (BN) – 9,860
Saravana Kumar A/L Veerasamy (Bersatu) – 718
Majoriti: 5,937
N11 Lobak:
P.M. Kumar (PN) – 2,011
Chew Seh Yong (PH) – 13,064 MENANG
Majoriti: 11,053
N12 Temiang:
Ho Weng Wah (PH) – 5,249 MENANG
Leaw Kok Chan (BN) – 3,366
Fazly Bin Hamid (Bersatu) – 514
Majoriti: 1,883
N13 Sikamat:
Tun Faisal (Bersatu) – 548
Datuk Razali (PN) – 15,052 MENANG
Nor Azman Mohamad (PH) – 10,639
Majoriti: 4,413
N14 Ampangan:
Nazri Kassim (PH) – 5,965
Azzah Harun (Bersatu) – 267
Dato’ Dr Mohamad Rafie Bin Ab Malek (PN) – 9,934 MENANG
Majoriti: 3,969
KUALA PILAH
N15 Juasseh:
Mohd Zuhaimi Md Yusod (Bersatu) – 506
Dato’ Ismail Lasim (BN) – 6,907 MENANG
Aidil (PH) – 2,816
Majoriti: 4,091
N16 Seri Menanti:
Ustaz Sufian (BN) – 5,858 MENANG
Kamarul Arifin Wafa (PH) – 1,535
Dato’ Seri Megat (Bersatu) – 363
Majoriti: 4,323
N17 Senaling:
Mohamad Qayyum Bin Abd Jalil (BN) – 5,034 MENANG
Mohd Izaffi (Bersatu) – 432
Hans Alimin (PH) – 1,877
Majoriti: 3,157
N18 Pilah:
S Leza (BN) – 6,830 MENANG
Noorzunita Begum (PH) – 6,100
Majoriti: 730
N19 Johol:
Zailan Munawar (PH) – 2,280
Hj Saiful Yazan Sulaiman (BN) – 6,663 MENANG
Majoriti: 4,383
RASAH
N20 Labu:
Dato’ Ahmad Faez (PH) – 8,930
Anip Abu Baker (Bersatu) – 1,985
Maira Hasim (BN) – 14,209 MENANG
Majoriti: 5,279
N21 Bukit Kepayang:
Nicole Tan (PH) – 24,096 MENANG
Ah Boon (PN) – 8,889
Majoriti: 15,207
N22 Rahang:
Siau Meow Kong (PH) – 7,896 MENANG
Cikgu Tina (PSM) – 400
Yap Siok Moy (Ah Moy) (BN) – 4,921
Tang Jay Son (Bersatu) – 160
Majoriti: 2,975
N23 Mambau:
Lee Kai Yet (PH) – 15,758 MENANG
Sarawanan Nagayah (Bersatu) – 786
Erik A/L Michael (PN) – 3,655
Majoriti: 12,103
N24 Seremban Jaya:
Thinalan T Rajagopalu (BN) – 8,470
Mahendran Ramasamy (Bersatu) – 327
S. Mugunthan (PH) – 14,171 MENANG
Majoriti: 5,701
REMBAU
N25 Paroi:
Ustaz Shahir (PH) – 15,045
Hj. Nazree Yunus (Bersatu) – 2,205
Hj Kamarol Ridzuan (PN) – 32,004 MENANG
Majoriti: 16,959
N26 Chembong:
Danish Nazran (PH) – 3,397
Dato’ Haji Zaifulbahri Bin Haji Idris (BN) 17,160 MENANG
Majoriti: 13,763
N27 Rantau:
Dr Hakim (PH) – 7,032
Tok Mat (BN) – 19,050 MENANG
Majoriti: 12,018
N28 Kota:
Akmal @ Boy (Bersatu) – 290
Ust Allif Ibrahim (PH) – 2,484
Suhaimi Aini (BN) – 10,177 MENANG
Majoriti: 7,693
PORT DICKSON
N29 Chuah:
Ah Pau (BN) – 4,092
Yew Boon Lye (PH) – 6,621 MENANG
Majoriti: 2,529
N30 Lukut:
Choo Ken Hwa (PH) – 11,905 MENANG
Sathes (PN) – 6,188
Ah Lee (Bebas) – 568
Majoriti: 5,717
N31 Bagan Pinang:
Sheikh Junaidy (Bersatu) – 536
Ustaz Fatah (PN) – 14,603 MENANG
Nasir Raman (PH) – 4,466
Majoriti: 10,137
N32 Linggi:
Dato’ Hj.Zamri Md Said (Bersatu) – 391
Dato’ Mohd Faizal Ramli (BN) – 9,139 MENANG
Aminuddin Harun (PH) – 6,163
Majoriti: 2,976
N33 Sri Tanjung:
Acu (BN) – 5,367
Datuk A.Saravanan (Bebas) – 73
Leevinesh Murugan (Bersatu) – 618
Islah Wahyudi Zainudin (Bebas) – 529
Dr. Raja (PH) – 6,702 MENANG
Majoriti: 1,335
TAMPIN
N34 Gemas:
Azman Bin Abdullah (Bersatu) – 1,012
Haji Ridzuan Bin Ahmad (PN) – 16,153 MENANG
Siti Aishah (PH) – 3,529
Majoriti: 12,624
N35 Gemencheh:
Suhaimizan Bizar (BN) – 12,175 MENANG
Dato Abd Latif (PH) – 4,782
Majoriti: 7,393
N36 Repah:
Koh Kim Swee (Ah Swee) – 9,779 MENANG
Veerapan A/L Superamaniam (PH) – 9,335
Majoriti: 444
The post Keputusan penuh PRN Negeri Sembilan ke-16 appeared first on Kosmo Digital.

![]()
PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya kempunan untuk membawa pulang tiga mata berharga selepas kalah 2-0 kepada Thailand dalam aksi Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Rajamangala, Bangkok, hari ini.
Itu merupakan kekalahan pertama skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam kejohanan tersebut selepas mereka mencatat dua kemenangan ketika bertemu Myanmar dan Laos.
Dalam aksi tersebut, skuad Gajah Perang dilihat lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa siri serangan dilancarkan terhadap pintu gol skuad kebangsaan.
Bagaimanapun, tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-38 untuk menembusi gawang gol menerusi jaringan Yotsakorn Burapha yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Ubaidullah Shamsul Fazili didapati mengasari Kakana Khamyok.
Teerasak Poeiphimai hampir menggandakan jaringan pada masa kecederaan babak pertama namun sepakan volinya melepasi palang berpunca daripada hantaran lintang Chaiyaphon Otton.
Thailand akhirnya berjaya memperoleh gol kedua hasil jaringan Teerasak selepas dia tidak dikawal dengan kemas oleh pemain negara dalam kotak penalti pada minit ke-56.
Kemenangan itu membolehkan Thailand mengumpul enam mata daripada dua perlawanan, mengatasi Malaysia menerusi perbezaan jaringan.
Selepas ini Malaysia akan bertemu Filipina di laman sendiri pada 8 Ogos ini bagi aksi terakhir kumpulan. – UTUSAN
The post Malaysia akur tewas kepada Thailand appeared first on Utusan Malaysia.
