Auto Added by WPeMatico

RAMAI hanya tahu mengenai power nap sebagai penyelesaian untuk mengurangkan rasa mengantuk. Bagaimanapun, terdapat lagi satu teknik efektif dinamakan “coffee nap”. Istilah ini menggabungkan pengambilan kafein dan tidur singkat untuk mencegah rasa lemau semasa bekerja atau selepas makan tengah hari.
Cara efektif melakukannya
- Minum secawan kopi seperti biasa
- Tidur selama 20 sehingga 30 minit
- Sebaik sahaja bangun dari “coffee nap” anda akan rasa lebih segar
Bagaimana teknik ini berkesan ?
- Kafein mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk mula bertindak
- Tidur yang singkat membantu mengurangkan rasa mengantuk
- Bangun daripada tidur, kafein akan mula memberi kesan kepada badan agar lebih segar dan produktif
Para saintis memanggil istilah keadaan ini sebagai “nappuccino”. Ia gabungan dua sumber tenaga iaitu tidur (nap) dan kopi (sejenis kopi dinamakan cappuccino).
Bukti kajian
- Elak bangun dengan rasa mamai
Rasa mamai yang selalu dialami sejurus bangun dari tidur untuk tempoh lama. Menurut pakar dari Salem Health Sleep Center, risiko mengalami keadaan mamai selepas tidur yang lama disebabkan tidur yang berpanjangan.
Kewujudan teknik “coffee nap” membantu seseorang untuk tidak rasa mamai selepas tidur singkat disebabkan tindak balas kafein dalam badan. Keadaan ini pula dipanggil sebagai kesan “double whammy” oleh pakar.
- Kajian NASA membuktikan teknik ini efektif
Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah menjalankan beberapa kajian ke atas juruterbang dan angkasawan berkait rutin tidur mereka.
Hasil kajian tidur singkat yang diuji terhadap dua pekerjaan ini mendapati bahawa tidur untuk sementara waktu boleh meningkatkan produktiviti.
Konsep “coffee nap” juga dilakukan terhadap mereka. Kelebihannya terbukti memberi kesan lebih baik dari ujian tidur singkat sahaja.
- Kajian terhadap para atlet
Menerusi perkongsian oleh pakar tidur, Dr. Cheri Mah, beliau menggalakkan teknik “coffee nap” untuk memulihkan tenaga selepas makan tengah hari, meningkatkan kesihatan mental dan memperbaiki kitaran tidur. Buktinya, beliau telah membantu ramai atlet dengan teknik ini.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai untuk melakukannya pada masa yang spesifik dan tidak mengamalkannya terlalu dekat dengan waktu malam.
Bilakah waktu terbaik ?
Menurut pakar, sekitar pukul satu hingga tiga petang merupakan waktu terbaik. Ini kerana tubuh badan mengalami ritma sirkadian (sistem semula jadi dalam badan yang mengawal tenaga). Oleh itu elakkan menggunakan “coffee nap” enam jam sebelum tidur pada waktu malam.
Siapa yang sesuai mengamalkannya ?
Teknik ini berguna jika anda menghadapi hari yang panjang, perlu kekal fokus sebelum mesyuarat bermula, individu yang mengalami “jet lag” selepas melancong di luar negara. -RELEVAN
The post ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk appeared first on Relevan.










