Auto Added by WPeMatico

JEMPOL – Dua penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar, dalam kejadian kira-kira pukul 8.58 malam itu, kemalangan membabitkan dua buah motosikal jenis Honda C100B dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pemandu kereta iaitu lelaki berusia 46 tahun dalam perjalanan dari arah Simpang Pertang menghala ke Bahau.
“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu kereta tersebut dipercayai telah melanggar belakang sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki warga pakistan berusia 44 tahun ya g bekerja sebagai penjual roti.
“Warga Pakistan tersebut hilang kawalan, terbabas dan masuk ke jalan bertentangan lalu melanggar sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah di kepala serta kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Ujar Norhisham lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahayakan.- KOSMO! ONLINE
The post Dua penunggang maut nahas tiga kenderaan appeared first on Kosmo Digital.